Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas pekerja taska didakwa aniaya bayi

Seorang bekas pekerja wanita taman asuhan kanak-kanak (taska) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan meninggalkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan bersendirian sehingga meninggal dunia, pada Mac lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pekerja taska didakwa aniaya bayi

(Gambar hiasan: Raul Arboleda/AFP)

Diterbitkan : 02 Oct 2018 07:55AM Dikemas Kini : 02 Oct 2018 07:57AM

PETALING JAYA: Seorang bekas pekerja wanita taman asuhan kanak-kanak (taska) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan meninggalkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan bersendirian sehingga meninggal dunia, pada Mac lalu.

Cik Noridayu Mohamad Fauzi, 24 tahun, didakwa melakukan penganiayaan terhadap bayi itu dengan meninggalkannya secara bersendirian sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia pada 23 Mac lalu, jam 10.00 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 (S$16,500) atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang wang jaminan namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, pihaknya menyerahkan jumlah jaminan kepada budi bicara mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Najib Zakaria yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan rendah atas alasan tertuduh tidak mempunyai pendapatan kerana tidak lagi bekerja.

Hakim Azwarnida Affandi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 (S$3,300) dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali. Kes akan disebut semula pada 22 Oktober.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan