Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas pegawai khas Najib nafi wang RM3.7 juta dalam akaunnya ganjaran daripada Jho Low

Bekas pegawai khas Najib Razak menafikan bahawa wang RM3.7 juta (S$1.2 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun bank BSI Switzerland beliau adalah ganjaran daripada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pegawai khas Najib nafi wang RM3.7 juta dalam akaunnya ganjaran daripada Jho Low

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 05 Sep 2019 06:01PM Dikemas Kini : 05 Sep 2019 06:04PM

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas Najib Razak menafikan bahawa wang RM3.7 juta (S$1.2 juta) yang dimasukkan ke dalam akaun bank BSI Switzerland beliau adalah ganjaran daripada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, kerana sudah banyak membantunya selama beberapa tahun.

Amhari Efendi Nazaruddin, 43 tahun, berkata demikian semasa disoal balas peguam Najib pada hari kelima perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Encik Amhari berkata beliau diberi arahan oleh Jho Low untuk membuka akuan-akaun bank di luar negara bagi tujuan politik dan beliau mematuhinya kerana bimbang kehidupan serta kerjayanya terancam.

Menurut Encik Amhari, beliau mendapat jaminan daripada Jho Low bahawa Encik Najib memberi "restu" baginya membuka akaun-akaun bank tersebut.

Bekas PM Malaysia itu dikenakan empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion (S$759 juta) daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Sumber : Bernama/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan