Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas menteri kebudayaan M'sia Sabaruddin Chik meninggal dunia

Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia Sabaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), malam ini (4 Dis). Allahyarham yang akan menyambut ulang tahun ke-80 pada 11 Dis ini, menghembuskan nafas terakhir pada 7.45 malam.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas menteri kebudayaan M'sia Sabaruddin Chik meninggal dunia

Sabaruddin Chik (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 04 Dec 2021 11:03PM Dikemas Kini : 04 Dec 2021 11:05PM

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia Sabaruddin Chik meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), malam ini (4 Dis).

Allahyarham yang akan menyambut ulang tahun ke-80 pada 11 Dis ini, menghembuskan nafas terakhir pada 7.45 malam.

Pembantu Khasnya Zamri Mohamed yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak Ahad lepas selepas dijangkiti COVID-19. 

Menurut Encik Zamri, Allahyarham dijangka dikebumikan esok, namun waktu dan lokasi masih belum dapat dimaklumkan. 

“Tan Sri ni seorang yang suka berterus-terang, tegas dan sangat menepati masa. Perancangannya untuk kita bersama-sama PM (Perdana Menteri) sambut ulang tahun kelahiran Allahyarham Tan Sri pada 11 Dis ini, namun Allah lebih sayangkannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata Allahyarham adalah 'sifu’ politik beliau sejak beliau dilantik Ketua Penerangan Bahagian Temerloh ketika berumur 27 tahun sehingga menjadi Setiausaha Politik Allahyarham pada 1995-1999 sewaktu menjawat jawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Allahyarham memulakan kerjaya politiknya selepas bertanding di Parlimen Temerloh dan memegang kerusi itu dari 1982 hingga 1999.

Allahyarham menjadi Setiausaha Agung UMNO pada 1996 selama tiga tahun.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan