Skip to main content

Dunia

Bekas jurutera Google didakwa kerana curi rahsia AI untuk bantu syarikat China

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas jurutera Google didakwa kerana curi rahsia AI untuk bantu syarikat China

Gambar: REUTERS/Dado Ruvic/Illustration

SAN FRANCISCO: Seorang bekas jurutera sofwe Google telah didakwa di California atas tuduhan mencuri rahsia perdagangan yang berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI) daripada unit Alphabet untuk memanfaatkan dua syarikat China yang dia bekerja secara senyap-senyap.

Ding Linwei, juga dikenali sebagai Leon Ding, didakwa pada Selasa (5 Mac) oleh juri persekutuan di San Francisco dengan empat tuduhan mencuri rahsia perdagangan.

Warga China berusia 38 tahun itu diberkas pada pagi Rabu di rumahnya di Newark, California. Seorang peguam untuk warga China itu belum lagi dikenal pasti dengan segera.

Dakwaan Ding didedahkan lebih kurang setahun selepas pentadbiran Presiden Joe Biden menubuhkan Pasukan Bertindak Teknologi Gangguan untuk membantu menghentikan teknologi canggih yang diperoleh oleh negara seperti China dan Rusia, atau berpotensi menggugat keselamatan negara.

“Jabatan Kehakiman tidak akan bertolak ansur terhadap pencurian rahsia perdagangan dan risikan kami,” kata Peguam Negara Amerika Merrick Garland pada persidangan di San Francisco.

Menurut dakwaan, Ding mencuri maklumat terperinci tentang infrastruktur perkakasan dan platform perisian yang membolehkan pusat data pengkomputeran Google melatih model AI yang besar melalui pembelajaran mesin.

Maklumat yang dicuri itu termasuk butiran tentang cip dan sistem, dan perisian yang membantu kuasa komputer sedemikian "mampu melaksanakan pada tahap canggih pembelajaran mesin dan teknologi AI", menurut dakwaan itu.

Diambil bekerja oleh Google pada 2019, Ding dipercayai mula mencuri tiga tahun kemudian, semasa dia dilamar menjadi ketua pegawai teknologi bagi sebuah syarikat teknologi China dan telah memuat naik lebih 500 fail sulit setakat Mei 2023.

Ding berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan didenda sebanyak AS$250,000 (S$334,475) bagi setiap tuduhan jenayah.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita