Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas datuk bandar Filipina diberkas di Indonesia berhubung kegiatan pengubahan wang haram

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas datuk bandar Filipina diberkas di Indonesia berhubung kegiatan pengubahan wang haram

(Gambar fail: Handout / SENATE OF THE PHILIPPINES / AFP)

MANILA: Seorang bekas datuk bandar Filipina yang menjadi buruan pihak berkuasa negara itu atas pertuduhan berkaitan dengan sindiket jenayah Cina telah ditangkap di Jakarta, Indonesia, menurut kementerian keadilan Manila menerusi satu kenyataan pada Rabu (4 Sep).

Alice Guo, yang juga dikenali sebagai warga negara China Guo Hua Ping, menjadi orang buruan setelah beliau enggan menghadiri siasatan Dewan Senat Filipina kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram.

Cik Guo telah menafikan tuduhan itu dan menekankan bahawa beliau adalah rakyat Filipina yang dilahirkan di negara itu dan dikenakan "tuduhan berniat jahat".

"Perkembangan ini disahkan oleh rakan sejawatan kami di Jabatan Imigresen, yang mengesahkan bahawa Cik Guo kini dalam tahanan Polis Indonesia di Jatanras Mabes Polri," kata Jabatan Kehakiman Filipina dalam kenyataan itu.

Guo ditahan hampir waktu tengah malam pada Selasa
(3 Sep) di Kota Tangerang di Jakarta, Indonesia, menurut jabatan tersebut.

Agensi penguatkuasaan undang-undang Filipina, termasuk Majlis Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLC), bulan lalu bersama-sama memfailkan pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Guo dan 35 yang lain di hadapan Jabatan Kehakiman.

AMLC mendakwa Guo dan konspirator bersamanya mencuci lebih 100 juta peso (S$2.31 juta) hasil daripada aktiviti jenayah.

Peguam Stephen David, peguam Guo dalam rekod, tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

Guo, yang dilucutkan jawatan sebagai datuk bandar Bamban di wilayah Tarlac, meninggalkan negara itu pada Julai, untuk pergi ke Malaysia dan Singapura, dan kemudian ke Indonesia pada Ogos menggunakan pasport Filipinanya, menurut agensi anti-jenayah Filipina.

Siasatan Senat dimulakan pada Mei selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah kasino di bandar Bamban pada Mac, membongkar apa yang dikatakan pegawai penguatkuasa undang-undang sebagai penipuan yang dilakukan daripada kemudahan yang dibina di atas tanah yang sebahagiannya dimiliki oleh Datuk Bandar tersebut.
 
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan