Skip to main content

Dunia

Bekas askar AS diberkas dalangi serangan bom di Los Angeles

Seorang bekas askar warga Amerika didakwa merancang meletupkan bom di satu rapat politik golongan ketuanan kulit putih di Long Beach, California pada Ahad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Apr 2019 04:13PM Dikemas Kini : 30 Apr 2019 10:39PM

LOS ANGELES: Seorang bekas askar warga Amerika didakwa merancang meletupkan bom di satu rapat politik golongan ketuanan kulit putih di Long Beach, California pada Ahad lalu.

Mark Domingo, 26 tahun, pernah berkhidmat di Afghanistan dan sudah memeluk Islam.

Pihak pendakwaraya federal menyatakan ejen-ejen FBI menangkap Domingo pada Jumaat lalu setelah dia selesai memperhalusi rancangan serangan pengganas itu.

Dia ditangkap atas tuduhan menyediakan sokongan kepada pengganas dan merancang membuat senjata yang boleh membunuh ramai orang.

Domingo dilaporkan berkata dia mahu membalas dendam terhadap serangan pengganas di dua masjid di New Zealand bulan lalu.

Sumber : AFP/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita