Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO tegas sertai PH bukan untuk jadi ketua

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO tegas sertai PH bukan untuk jadi ketua

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Zahidi Zainul Abidin. (Gambar: Sinar Harian)

SHAH ALAM: "Saya hendak masuk Pakatan Harapan (PH) bukan sebab nak jadi ketua tapi saya nak teruskan wadah perjuangan yang saya dah mulakan sejak 40 tahun lalu," kata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, bila beliau dipecat beliau tidak mahu bermusuh sebaliknya masih bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain.

“Saya nak mencari yang tiada masalah, contohnya kalau saya masuk PN (Perikatan Nasional) kalau orang UMNO jumpa saya mungkin dia boleh dipecat."

“Presiden UMNO ini kalau ada silap dia pecat walaupun dia kata tak ikut prosedur betul, kuasanya dia boleh pecat sesiapa sahaja,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam program Sinar Live ‘Kenapa Pilih PH’ dihoskan oleh Hazwan Mokhtar yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Khamis (2 Feb).

Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, beliau perlu memastikan rakan-rakannya di dalam UMNO selamat (tidak dipecat) kerana mahu berkawan dengannya.

“Saya harus ‘protect’ kawan-kawan yang hendak jumpa saya."

“Tetapi bila saya masuk Pakatan Harapan (PH) jadi nak pecat macam mana sebab dia (Presiden UMNO) pun berpakat dengan Anwar."

“Apabila saya sebut PKR bermakna saya menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim seperti mana UMNO menyokong Perdana Menteri yang ada sekarang."

“Kamu di peringkat menteri kabinet boleh berbincang bersama-sama, kami orang UMNO tidak boleh bersama saya jadi boleh teruskan persahabatan buat gerakan bersama kerana PH dan UMNO adalah kerajaan yang sama,” ujarnya, dipetik daripada Sinar Harian.

Encik Zahidi sebelum ini antara dua bekas pemimpin kanan UMNO Perlis selain Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim yang dipecat dari parti itu berikutan langkahnya yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Padang Besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan