Skip to main content

Dunia

Bekalan telur ayam di Terengganu terjejas jelang Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan telur ayam di Terengganu terjejas jelang Aidilfitri

Telur Gred E yang tidak terjejas. (Gambar: Baharom Bakar/Harian Metro)

KUALA TERENGGANU: Terengganu berdepan dengan kekurangan bekalan telur gred AA dan A dipercayai akibat pembelian luar biasa oleh peniaga untuk membuat kuih-muih termasuk biskut raya.

Bagaimanapun, tinjauan Harian Metro mendapati bekalan telur bagi gred B, C dan D tidak berdepan masalah.

Pemborong, Halim Ngah yang berusia 40 tahun, berkata sebanyak 2,400 papan mengandungi 72,000 biji telur gred AA dan A dihantar pembekal utama pada setiap minggu.

Bagaimanapun, katanya, bekalan diperolehi habis dijual dalam tempoh kira-kira tiga jam menyebabkan dia terpaksa mengehadkan hanya dua papan mengandungi 60 biji bagi setiap pelanggan, lapor Harian Metro. 

"Kita dimaklumkan pembekal, berlaku pengurangan bekalan telur gred AA dan A sejak bermulanya Ramadan pada Ahad lalu (3 Apr). 

"Malah, saya hanya menerima bekalan sebanyak 1,000 papan telur gred AA dan A mengandungi 30,000 biji sehari sejak Selasa lalu (28 Mac)," katanya.

Katanya, sebelum Ramadan, kebiasaannya pelanggan membeli hampir 50 papan mengandungi 1,500 telur gred AA dan A sehari.

"Pembekal utama telur digesa menambah jumlah bekalan dan kekerapan penghantaran kepada tiga kali dalam seminggu agar masalah tidak berlaku," katanya, seperti dinukil laporan Harian Metro. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita