Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekalan telur ayam di M'sia kurang akibat kegiatan seludup ke negara jiran

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan telur ayam di M'sia kurang akibat kegiatan seludup ke negara jiran

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 06 Nov 2022 11:09PM Dikemas Kini : 06 Nov 2022 11:10PM
KOTA BHARU: Kekurangan bekalan telur ayam di Malaysia ketika ini adalah berpunca daripada kegiatan penyeludupan ke negara jiran iaitu Thailand, kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Malaysia, Annuar Musa.

Encik Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata kegiatan itu berlaku berikutan harga telur ayam di Thailand lebih mahal berbanding di Malaysia.

"Bekalan telur ayam mengalami kekurangan lebih 100,000 biji sebulan, kita rayu supaya mereka yang terlibat dalam kegiatan ini agar tidak menyeludup ke Thailand.

"Kita tidak dapat tambah bekalan telur ayam dengan kadar segera memandangkan proses ayam gantian untuk menghasilkan telur baru memerlukan tempoh sehingga empat bulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para wartawan selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 200 mangsa ribut dekat Kampung Tegayong, Melor, di Kota Bharu pada Ahad (6 Nov).

Mengulas lanjut, beliau berkata isu kekurangan bekalan telur ayam dijangka dapat dipulihkan pada akhir Disember depan.

"Pihak kita pernah mengadakan perbincangan untuk import telur ayam tetapi kita dapati harganya lebih mahal berbanding Malaysia," katanya.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan