Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekalan ikan M'sia mulai pulih bulan ini

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan ikan M'sia mulai pulih bulan ini
Diterbitkan : 04 Jun 2022 04:19PM Dikemas Kini : 04 Jun 2022 04:32PM
KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjangkakan bekalan ikan yang berkurangan kembali pulih bermula bulan ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Ahmad Hamzah berkata, peningkatan hasil pengeluaran itu dijangka berterusan sehingga ke kemuncaknya pada Oktober, seperti dinukil daripada Sinar Harian.
"Jumlah hasil pengeluaran ini bermusim dan berlaku pada setiap tahun.

"Saya akui perubahan cuaca yang di luar jangka ketika ini memberikan kesan kepada pengeluaran ikan negara," kata beliau selepas merasmikan Pesta Orkid, Flora dan Herba 2022 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di Kota Bharu pada Jumaat (3 Jun).

Turut hadir bersama, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Menurut beliau, perubahan itu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut untuk melakukan kerja-kerja menangkap ikan, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, bagaimanapun bekalan ikan negara ketika itu mencukupi bagi menampung keperluan rakyat.

Dalam pada itu, kata beliau, bekalan makanan menjadi perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat hari ini, lapor Sinar Harian.

"MAFI setiap masa membuat pemantauan bagi memastikan ia cukup supaya masyarakat tidak risau," kata beliau lagi.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan