Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekalan elektrik Pakistan pulih sehari selepas gangguan besar-besaran

Anggaran Waktu Membaca:
ISLAMABAD: Gangguan bekalan elektrik di Pakistan sudahpun pulih sepenuhnya selepas terputus bekalan selama kira-kira 24 jam pada Isnin (23 Jan), menurut agensi berita AFP.

Kesemua 1,112 stesen grid elektrik sudah beroperasi semula, menurut National Transmission and Dispatch Company (NTDC) pada Selasa (24 Jan).

"Bekalan elektrik di seluruh negara sudah pulih pada 5.15 pagi hari ini," kata Menteri Tenaga Khurram Dastgir Khan pada sidang media di Islamabad.

NTDC menyatakan ia akan mengambil masa 48 hingga 72 jam lagi untuk 6,600 megawatt arang batu dan 3,500 megawatt loji kuasa nuklear disambung semula ke sistem penghantaran selepas berlaku gangguan.
Sementara itu, syarikat pembekal K-Electric Ltd berkata bekalan elektrik kepada kemudahan penting seperti lapangan terbang, hospital, stesen pam air di Karachi, bandar dan hab perniagaan paling ramai penduduk di Pakistan sudah disambung semula.

Gangguan bekalan elektrik di Pakistan berlaku pada pukul 7.34 pagi Isnin, menurut AFP.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan