Bekalan elektrik ke lebih 200,000 rumah di Okinawa terputus akibat Taufan Khanun
Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Angin kencang menjejas tiang-tiang elektrik di Okinawa, Jepun, dan menyebabkan bekalan elektrik kepada lebih dari 200,000 isi rumah terputus pada pagi Rabu (2 Ogos), sedang Taufan Khanun yang kencang menghampiri pulau-pulau di barat daya negara itu.
Ini sekali gus memberi ancaman hujan lebat bakal melanda.
Ratusan ribu penduduk di pulau tropika itu, yang juga destinasi pelancong popular kira-kira 1,600 kilometer barat daya dari ibu kota Jepun, Tokyo, dinasihatkan berpindah sedang ribut itu bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 10 kilometer sejam.
Demikian menurut Agensi Kaji Cuaca Jepun.
Pembekal elektrik tempatan Okinawa Electric Power menyatakan 218,260 isi rumah, atau 34 peratus rumah yang dibekalkan tenaga elektrik, mengalami gangguan bekalan elektrik setakat pukul 9.00 pagi waktu tempatan, menurut laman web syarikat itu.
Di ibu kota Okinawa, Naha, lapangan terbang ditutup sepenuhnya buat hari kedua pada Rabu. Lebih 400 penerbangan sudahpun dibatalkan setakat pagi Rabu, dengan sekurang-kurangnya 65,000 penumpang terjejas, menurut penyiar tempatan NHK.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.