Skip to main content

Dunia

Bekalan bantuan terbiar di Jordan; UNRWA gesa akses segera ke Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan bantuan terbiar di Jordan; UNRWA gesa akses segera ke Gaza

Kepulan asap terbentuk susuli letupan dekat sempadan Carikan Gaza. (Gambar: Reuters)

GAZA: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat (30 Mei) memberi amaran berhubung halangan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza apabila bekalan bantuan terbiar dalam jumlah yang besar di Jordan, menurut laporan Anadolu Ajansi (AA).

“Di gudang UNRWA di Amman, ibu negara Jordan yang hanya tiga jam perjalanan dari Gaza, kami mempunyai bekalan mencukupi untuk menampung lebih 200,000 orang selama sebulan penuh,” menurut agensi itu.

“Tepung, bungkusan makanan, kit kebersihan, selimut dan bekalan perubatan sedia untuk dihantar. Gaza memerlukan bantuan dalam skala besar,” jelas UNRWA sambil menegaskan bahawa “aliran bekalan tanpa halangan dan berterusan mesti dibenarkan.”

Sejak 2 Mac, Israel menutup semua lintasan sempadan, sekali gus menyekat kemasukan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan keperluan penting lain untuk 2.4 juta penduduk Gaza.

Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sejak Oktober 2023, mengorbankan lebih 54,200 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Agensi-agensi bantuan telah memberi amaran mengenai risiko kebuluran dalam kalangan lebih dua juta penduduk di wilayah itu.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita