Skip to main content

Dunia

Bekalan bantuan kemanusiaan Gaza makin susut sedang krisis tambah parah: UNRWA

Anggaran Waktu Membaca:
 Bekalan bantuan kemanusiaan Gaza makin susut sedang krisis tambah parah: UNRWA

Para penyelamat mencari mangsa susuli serangan Israel ke atas Sekolah Pemerintah Al-Majda Wasila UNWRA yang menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal. (Gambar: Omar AL-QATTAA / AFP)

NEW YORK: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa bekalan bantuan kemanusiaan di Carikan Gaza semakin berkurangan ke tahap berbahaya, dengan situasi di wilayah itu semakin memburuk dengan pantas.

Ia turut menggesa agar Israel menamatkan sekatan dengan segera bagi membolehkan bantuan disalurkan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad (6 Apr), UNRWA menyatakan lebih sebulan sudah berlalu sejak Israel menyekat kemasukan bekalan kemanusiaan dan barangan komersil ke Gaza.

Agensi itu menegaskan pasukannya terus menyalurkan bantuan menggunakan sumber terhad yang ada, namun memberi amaran bahawa bekalan semakin kehabisan dan keadaan semakin meruncing.

UNRWA menggesa sekatan Israel ditamatkan dengan segera dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dikepung itu disambung semula tanpa berlengah, tambah UNRWA.
Sumber : Bernama/Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita