Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekalan ayam M'sia dijangka stabil mulai Jun, kata menteri

Anggaran Waktu Membaca:

JOHOR BAHRU: Bekalan ayam di Malaysia masih rendah berbanding jumlah yang diperlukan untuk penduduk tempatan. 

Sekalipun demikian, ia dijangka stabil bermula dari Jun, menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee, dalam satu kenyataan hari ini (9 Jun).

Dr Kiandee berkata kementeriannya, semasa satu mesyuarat Kabinet semalam (8 Jun) membentangkan status bekalan makanan negara bagi lapan komoditi utama makanan, termasuk ayam, daging, telur, susu segar, ikan, buah-buahan, sayur-sayuran dan beras.

"Secara amnya, bekalan makanan negara mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan," kata beliau.

"Bagaimanapun, bekalan ayam kini lebih rendah berbanding jumlah yang diperlukan tiap-tiap bulan, sejak Februari 2022. Sungguhpun demikian, bekalan ini perlahan-lahan semakin bertambah dan dijangka stabil mulai Jun 2022," tambah beliau.

Beliau juga berkata Kabinet sudah memutuskan untuk melaksanakan "langkah-langkah proaktif jangka pendek" untuk memastikan bekalan ayam mencukupi.

Ini termasuk menyimpan bekalan ayam dengan segera, memudahkan proses tuntutan subsidi bagi penternak dan meringkaskan proses mengimport makanan ayam.

Dr Kiandee, yang juga Anggita Parlimen Belurun di Sabah, berkaya kerajaan akan menyemak tarik elektrik untuk mengurangkan kos operasi bagi pembekal, meluluskan pengecualian istimewa untuk membolehkan ladang-ladang ayam merekrut pekerja asing dan mengkaji mekanisme untuk mengurangkan kos minyak kelapa sawit mentah bagi pengendali kilang makanan ternakan.

Beliau menambah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sudah menawarkan subsidi-subsidi bernilai RM729.43 juta (S$230 juta) kepada penternak ayam sejak 5 Februari.

Sejauh ini, 1,644 tuntutan subsidi bernilai RM113.2 juta (S$35 juta) sudah diluluskan oleh MAFI, ujar beliau.

Semua penternak boleh membuat tuntutan bagi subsidi. Kerajaan akan terus memainkan peranan berkesan, dengan bantuan semua pihak berkepentingan, untuk memastikan bekalan makanan mencukupi dan harganya boleh dimampui 'Keluarga Malaysia'," tambah beliau.

Pada 1 Jun, Malaysia melaksanakan larangan import sehingga 3.6 juta ayam sebulan, dalam usahanya untuk menangani isu bekalan yang berkurangan.

"Keutamaan kerajaan adalah rakyat kita," kata Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob pada 23 Mei semasa beliau mengumumkan larangan import tersebut.

Para pedagang ayam pula mengadu bahawa kenaikan kos menjejas keuntungan mereka, terutama sekali dengan had harga yang ditetapkan.

Mekanisme kawalan harga itu sudah dilaksanakan sejak November tahun lalu.

Kerajaan Malaysia sudah beberapa kali menurunkan had harga bagi seekor ayam biasa, dari RM9.50 (S$3.00)bagi satu kilogram (kg) kepada RM8.90 (S$2.80) bagi satu kg sekarang, di samping menawarkan subsidi 60 sen bagi setiap kg kepada para penternak pada Februari tahun ini.

Seekor ayam biasa diproses dan dijual dengan bahagian kepala, kaki dan organnya. Manakala seekor ayam 'super', dengan had harga RM9.90 (S$3.10) bagi setiap kg, merujuk kepada ayam yang sudah diproses, ditimbang dan dijual tanpa kepala, kaki atau organ.

Meksipun terdapat larangan eksport, harga-harga ayam di pasar basah Malaysia masih belum diturunkan, menurut pemerhatian Mediacorp.

Sumber : CNA/NK/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan