Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekalan ayam di M'sia tidak terjejas berikutan penularan selesema burung dari luar negara

Anggaran Waktu Membaca:
ALOR SETAR: Bekalan ayam bagi pasaran di Malaysia tidak terkesan dengan penularan wabak selesema burung yang berlaku di kawasan hemisfera utara terutama melibatkan Eropah dan Amerika Syarikat.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu menegaskan, kementerian akan memantau situasi wabak berkenaan dari semasa ke semasa dan berharap bekalan ayam akan terus berada pada tahap stabil.

"Kita sedang meneliti (isu selsema burung)… masalah berkenaan akan berlaku sentiasa dan pihak kita akan melihat dari semasa ke semasa."

“Buat masa sekarang (bekalan) ayam ini (di dalam negara masih) stabil… pada masa akan datang kita harap (ia) terus stabil,” tegas beliau, dipetik daripada Astro Awani.

Encik Mohamad berkata demikian ketika ditemui media selepas lawatan kerjanya ke ibu pejabat Ayam Bismi, Simpang Empat Kangkong, pada Rabu (25 Jan).

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan Malaysia akan berdepan ancaman keselamatan makanan serius kerana bekalan ayam seluruh negara dijangka menyusut 40 peratus menjelang Jun tahun ini.

Penyusutan berkenaan sekiranya berlaku, bakal menyaksikan bekalan ayam di pasaran berkura¬ngan daripada 2.2 juta ekor sehari, kepada cuma 1.3 juta ekor, iaitu kekurangan sebanyak 900,000 ekor ayam.

Menurut Astro Awani, sumber akhbar berkenaan mendakwa, isu itu berlaku kerana penularan wabak selesema burung yang serius di hampir seluruh negara di hemisfera utara terutama di Eropah dan Amerika Syarikat.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan