Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Anggaran Waktu Membaca:
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III Sabah Shahelmey Yahya berkata bekalan air di empangan negeri mencukupi untuk tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.
Beliau berkata sekiranya keadaan kemarau semakin berpanjangan, Jabatan Air Sabah (JAS) akan melaksanakan catuan dan menyarankan langkah-langkah penjimatan air.
"Saya telah bermesyuarat dengan JAS bagi membincangkan isu bekalan air di Sabah berikutan keadaan cuaca panas yang sedang melanda negara kita. Setakat yang kami maklumkan, JAS bersedia untuk memastikan bahawa kita mempunyai bekalan air yang mencukupi di empangan yang ada pada masa kini.
"Bagaimanapun sekiranya kita sampai ke tahap kritikal mungkin langkah alternatif seperti pembenihan awan akan dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Sambutan Hari Pengasas Pengakap Sedunia Peringkat Sabah pada Sabtu (24 Feb).
Encik Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata pada ketika ini JAS ada melaksanakan catuan air berikutan sistem pengagihan paip bagi memastikan semua pengguna mendapatkan bekalan air yang mencukupi.
Pada Jumaat (23 Feb), Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata jabatan dan agensi berkaitan diminta bersedia melaksanakan pemadaman kebakaran besar dan operasi pembenihan awan bagi menghadapi keadaan cuaca panas dan kering serta fenomena El Nino ketika ini.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.