Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bekalan 60 tan kelapa untuk Terengganu sempena Ramadan, Syawal

Sebanyak 60 tan kelapa dibekalkan ke Terengganu untuk memenuhi permintaan sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan 60 tan kelapa untuk Terengganu sempena Ramadan, Syawal

Sebanyak 60 tan kelapa dibekalkan ke Terengganu untuk memenuhi permintaan sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri. (Gambar: iStock/Berk Ucak)

Diterbitkan : 06 Mar 2025 11:54PM Dikemas Kini : 06 Mar 2025 11:57PM
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 60 tan kelapa dibekalkan ke Terengganu untuk memenuhi permintaan sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu Muhamad Fadlee Hassan berkata 10 tan kelapa tua yang diimport dari Indonesia telah diterima untuk kegunaan sepanjang minggu pertama puasa.

"Pada Januari dan bulan lepas, FAMA Terengganu telah terima 30 tan kelapa tua yang diagihkan ke outlet (cawangan) FAMA, pemborong dan juga peniaga santan yang membeli secara terus.

"Dua minggu sebelum Aidilfitri, kita jangka permintaan akan meningkat sehingga 20 tan seminggu. Jadi, kita akan bawa masuk keseluruhan 60 tan untuk menampung permintaan pada bulan ini (Mac)," katanya semasa sidang media semalam (Rabu, 5 Mac).

Beliau berkata bekalan yang diterima daripada Ibu Pejabat FAMA itu akan dihantar ke Pusat Operasi FAMA dan Besut untuk diagihkan kepada outlet (cawangan) peruncitan di bawahnya.

Encik Muhamad Fadlee berkata ketika ini bekalan kelapa tua dijual pada harga RM3 sekilogram dan harganya akan berubah mengikut pasaran semasa disebabkan oleh beberapa faktor termasuk masalah kekurangan bekalan serta persaingan permintaan di peringkat global.

"Kenaikan harga kelapa di Malaysia disebabkan oleh kemerosotan bekalan ekoran perubahan iklim.
"Kita berharap inisiatif FAMA melalui pelan intervensi kelapa tua dapat memenuhi keperluan orang ramai di bulan Ramadan dan menjelang Syawal yang akan disambut tidak lama lagi," katanya lagi.
Sumber : Bernama/AW/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan