Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beijing ubah cara hitung angka korban COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Beijing menukar cara ia menghitung jumlah kematian disebabkan COVID-19.

Kini, hanya kematian akibat penyakit yang berkait dengan pernafasan seperti radang paru-paru, yang diambil kira.

Oleh itu, tiada kes kematian baru yang dilaporkan China pada Rabu pagi (21 Dis) dan jumlah kematian COVID-19 juga dikurangkan.

Menurut pihak berkuasa China, kebanyakan kematian berpunca daripada penyakit sedia ada, bukan disebabkan oleh COVID-19.

Tambah mereka, garis panduan terbaru itu adalah saintifik dan realistik.

Namun timbul keraguan sama ada statistik sedemikian benar-benar mencerminkan keadaan di lapangan.

Ini selepas Beijing merombak dasar sifar COVID-19 yang lebih ketat sebelum ini.

Cara hitungan sedemikian juga bertentangan dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut laporan-laporan tidak rasmi, ramai penduduk China meninggal dunia akibat penularan COVID-19.

Tempat-tempat pembakaran mayat juga kini beroperasi sepenuh masa.

Menurut unjuran para pakar kesihatan, kemungkinan 60 peratus daripada 1.4 bilion penduduk China akan dijangkiti COVID-19 dalam bulan-bulan akan datang. Dari jumlah tersebut, lebih 2 juta kematian bakal dicatatkan.

Bagi menangani ancaman itu, lebih banyak kemudahan kesihatan, terutama katil-katil hospital, kini sedang ditingkatkan di kota-kota di seluruh China.
Sumber : Agensi berita/IQ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan