Beijing tuntut AS tarik balik sekatan ke atas sebuah pertubuhan ketenteraan China
Ketegangan dalam hubungan China-Amerika kian memuncak dengan langkah terbaru Beijing memanggil duta besar Amerika ke negara itu berhubung sekatan ketenteraan.

SINGAPURA: Ketegangan dalam hubungan China-Amerika kian memuncak dengan langkah terbaru Beijing memanggil duta besar Amerika ke negara itu berhubung sekatan ketenteraan.
China menuntut agar Washington segera menarik balik sekatan ke atas sebuah pertubuhan ketenteraan China kerana membeli jet pejuang dan sistem peluru berpandu dari Rusia.
Kementerian Pertahanan China menegaskan keputusan pembelian itu adalah kerjasama biasa antara dua negara berdaulat.
Maka itu Washington 'tiada hak untuk campur tangan'.
Perkembangan itu menyebabkan perang dagangan antara China dengan Amerika Syarikat bertambah buruk.
Beijing sudah membatalkan dua rundingan dagangan dengan Amerika Syarikat yang sepatutnya berlangsung di Washington Selasa ini.
Amerika akan mula melaksanakan tarif baru ke atas barangan yang diimport dari China bernilai AS$200 bilion (S$273 bilion) mulai esok (24 Sep).
Beijing mengancam untuk bertindak balas dengan mengenakan tarif AS$60 bilion (S$82 bilion) ke atas barangan Amerika.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.