Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beijing tingkatkan sekatan COVID-19, tutup beberapa kawasan awam

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: Pihak berkuasa ibu kota China meningkatkan sekatan COVID-19 bagi mengelak penutupan seperti yang berlaku di Shanghai.

Bandar itu menutup beberapa kawasan awam dan meningkatkan pemeriksaan di tempat lain pada Khamis ( 28 Apr), lapor Reuters manakala kebanyakan daripada lebih 22 juta penduduknya memulakan ujian besar-besaran COVID-19.

Pihak berkuasa juga menyekat pergerakan di beberapa kawasan kediaman, pejabat dan universiti.

Beberapa sekolah, tempat hiburan dan tapak pelancong juga ditutp.

Di seluruh Beijing, kes positif ditemui dalam 20 juta sampel yang diperoleh pada saringan pertama ujian besar-besaran, tetapi jumlahnya kecil.

Semalam, dilaporkan sebanyak 50 jangkitan baru, meningkat daripada 34 kes sehari sebelumnya.

Sejak 22 April lalu, Beijing sudah mengesan lebih 160 kes, lebih separuh di Chaoyang, daerah paling ramai penduduk yang terkenal dengan hiburan malam, pusat membeli-belah dan kedutaan.

Selain itu, Yanqing, sebuah daerah kecil di utara Beijing dengan 350,000 penduduk pula akan mula menyaring mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan itu, walaupun ia tidak berada dalam senarai daerah yang diarahkan untuk menjalankan ujian besar-besaran minggu ini.

Setakat ini, Beijing cuba mengelak daripada mengganggu sektor ekonomi dengan membenarkan penduduk pergi bekerja walaupun mereka menjalani ujian, melainkan jangkitan ditemui dan penutupan setempat diperlukan.

Sumber : Agensi berita/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan