Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beijing longgarkan lanjut sekatan COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: Beijing akan mula melonggarkan lanjut beberapa sekatan COVID-19 dengan membenarkan orang ramai duduk makan di tempat tertutup. Ini sedang ibu kota China itu kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan kes jangkitan semakin merosot, lapor media tempatan pada Ahad (5 Jun). 

Beijing dan hab komersil Shanghai sudah kembali menjalani kehidupan seperti biasa sejak beberapa hari lalu menyusuli sekatan ketat selama dua bulan bagi membendung penularan varian Omicron. 

Orang ramai dibenarkan untuk duduk makan di tempat tertutup di Beijing hari ini (6 Jun), kecuali di daerah Fengtai dan beberapa bahagian daerah Changping, lapor Beijing Daily. 

Restoran dan bar pula dibataskan kepada menyediakan khidmat membungkus makanan sejak awal Mei lalu. 

Kerja disambung semula seperti biasa dan larangan trafik ditarik balik mulai hari ini (6 Jun) di kebanyakan kawasan di Beijing.

Pekerja di beberapa kawasan bagaimanapun masih diwajibkan untuk bekerja dari rumah.

Penduduk perlu menunjukkan hasil ujian COVID-19 yang diambil dalam tempoh 72 jam sebelum memasuki ruang awam dan menaiki pengangkutan awam, lapor akhbar tersebut. 

Beijing melaporkan 16 kes tempatan baru yang bergejala, meningkat dari lima kes sehari sebelumnya, dan tiga kes tempatan baru tidak bergejala, berbanding satu kes, menurut pemerintah tempatan. 

Sementara itu, Shanghai melaporkan enam kes tempatan baru dengan gejala, berbanding lima kes sehari sebelumnya, dan 16 kes tempatan baru tidak bergejala, naik dari sembilan kes.

Tiada kematian baru dilaporkan, sekali gus membawa angka korban akibat COVID-19 di China kepada 5,226. Setakat semalam, tanah besar China mengesahkan 224,310 kes bergejala.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan