Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beijing lapor 34 kes baru COVID-19, tertinggi sejak Omicron dikesan

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: China masih bergelut untuk menangani penularan COVID-19 di negara itu.

Beijing melaporkan 34 kes jangkitan tempatan baru pada Rabu (27 Apr) iaitu yang tertinggi sejak varian Omicron dikesan di ibu kota China itu minggu lalu.

Kebanyakan daripada pesakitnya menunjukkan tanda-tanda jangkitan.

Pihak berkuasa sedang mengejar masa untuk membendung penularan koronavirus itu.

Pusingan kedua ujian COVID-19 secara besar-besaran sudah mula dijalankan di daerah terbesar Beijing, di Chaoyang.

Para pegawai menyasarkan untuk menguji sekitar 20 juta penduduk sebanyak tiga kali menjelang Sabtu ini (30 Apr).

Sementara itu, para penduduk berpusu-pusu ke pasar raya bagi membeli bekalan makanan dan keperluan asas yang lain.

Penduduk Beijing bimbang jika negara itu diletakkan di bawah sekatan pergerakan seperti Shanghai.

Perniagaan-perniagaan di Beijing juga sudah menyesuaikan operasi mereka bagi menghadapi gangguan.

Sejauh ini, beberapa bandar di merata China sudah mengeluarkan arahan bagi menggesa penduduk supaya jangan melakukan perjalanan sepanjang cuti Hari Buruh demi mencegah COVID-19 daripada terus merebak.

Sumber : Agensi berita/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan