Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beijing kutuk tindakan AS kenakan sekatan visa terhadap pegawai kanan China

Beijing mengutuk tindakan Amerika Syarikat mengenakan sekatan visa terhadap para pegawai kanan China berhubung layanan terhadap masyarakat minoriti Muslim di wilayah Xinjiang.

Anggaran Waktu Membaca:
Beijing kutuk tindakan AS kenakan sekatan visa terhadap pegawai kanan China

(Gambar: Greg Baker/AFP)

Diterbitkan : 09 Oct 2019 05:17PM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 05:20PM

BEIJING: Beijing mengutuk tindakan Amerika Syarikat mengenakan sekatan visa terhadap para pegawai kanan China berhubung layanan terhadap masyarakat minoriti Muslim di wilayah Xinjiang.

China menyifatkan tindakan Amerika itu berniat jahat.

Amerika mengenakan sekatan visa itu sehari selepas ia meletakkan 28 syarikat China dalam senarai hitam perdagangannya berkaitan isu tersebut.

Amerika menuduh China melakukan kempen penindasan teruk terhadap kaum minoriti Uighur serta kumpulan-kumpulan Muslim lain di Xinjiang.

Menulis di laman twitter, Setiausaha Negara Amerika, Mike Pompeo berkata China secara paksa telah menahan lebih sejuta Muslim dalam kempen secara sistematik untuk menghapuskan budaya dan agama mereka di Xinjiang.

Jabatan Negara bagaimanapun tidak mendedahkan nama para pegawai pemerintah dan Parti Komunis China yang dikenakan sekatan visa Amerika atas alasan undang-undang.

Sumber : AFP/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan