Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beijing dapatkan pekerja jagaan kesihatan dari wilayah bagi ringankan beban hospital

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China menghantar beratus-ratus pekerja jagaan kesihatan, antaranya pakar dalam jagaan kritikal, ke ibu kota Beijing.
Usaha itu untuk meringankan beban di hospital yang tertekan di tengah-tengah gelombang jangkitan.

Sekurang-kurangnya 500 doktor dan jururawat dari wilayah Shandong di timur China dan berpuluh-puluh dari Jiangsu dihantar ke hospital di seluruh bandar.

Ini meskipun di wilayah mereka sendiri mengalami kekurangan tenaga kerja di hospital.

Matlamatnya adalah untuk membantu memerangi gelombang COVID-19 terburuk yang pernah dialami Beijing sepanjang tiga tahun lalu tahun.

Pasukan perubatan dihantar ke Beijing sebelum ini tetapi hanya untuk membantu ujian PCR apabila China memulakan dasar sifar COVID-19.

Hakikat bahawa bantuan luar diperlukan di Beijing menyerlahkan betapa rapuhnya sistem jagaan kesihatan mereka.

Ia meskipun Beijing mempunyai sumber perubatan teratas di negara itu.
Sumber : AGENCIES/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan