Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beijing catat peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan kakitangan Olimpik

Anggaran Waktu Membaca:
Beijing catat peningkatan kes COVID-19 dalam kalangan kakitangan Olimpik

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 31 Jan 2022 06:25PM Dikemas Kini : 31 Jan 2022 06:25PM

BEIJING: China mengesan sekitar 119 kes COVID-19 dalam kalangan orang yang berkaitan dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing sejak empat hari lalu, dengan pihak berkuasa mengenakan gelembung "gelung tertutup" untuk memastikan peserta, kakitangan dan media diasingkan daripada orang ramai.

Pada hujung minggu lalu, Beijing mengesan 37 kes baru pada Ahad(30 Jan), dan 34 hari sebelumnya, dengan kebanyakan kes diuji positif sebaik tiba di lapangan terbang, kata penganjur Sukan.

Pada Isnin(31 Jan), atlit Rusia Valeria Vasnetsova berkata cita-cita Olimpiknya sudah berakhir selepas diuji positif dua kali setibanya di Beijing untuk temasya sukan global itu.

“Malangnya impian Olimpik saya kekal sebagai mimpi,” tulis Vasnetsova di media sosial. "Mungkin satu hari nanti saya akan mendapat kekuatan untuk bangkit semula."

Lapan atlit atau pegawai pasukan adalah antara 28 orang diuji positif semasa tiba di lapangan terbang pada Ahad.

Sekitar 3,000 atlit, termasuk jurulatih, pegawai, pengadil, wakil persekutuan dan media dijangka hadir dalam temasya Sukan itu, yang dijadual berlangsung dari 4-21 Februari.

"Gelung tertutup" tersebut akan membolehkan mereka bergerak antara tempat penginapan dan lokasi Olimpik menggunakan pengangkutan rasmi tetapi mereka tidak dibenarkan keluar untuk bergerak bebas di khalayak ramai.

Berbeza dengan kebanyakan negara berusaha ke arah hidup dengan COVID-19, China mengasingkan negara itu dengan melaksanakan dasar sifar-toleran, membatalkan hampir semua penerbangan antarabangsa.

Atlit Olimpik dan wakil lain mesti terbang langsung ke bandar itu melalui penerbangan khas. Semua yang terlibat dalam temasya Sukan itu, termasuk media dan kakitangan, juga diuji setiap hari.

UJIAN POSITIF

Meskipun demikian, terdapat atlit yang sudah diuji positif sebelum ketibaan mereka di Beijing, dengan pelompat ski wanita terkemuka dunia, Marita Kramer dari Austria, menjadualkan semula penerbangannyauntuk menyertai pertandingan.

Kramer diuji positif di Willingen, Jerman, pertandingan terakhir menjelang temasya Sukan di Beijing.
 

Sumber : Reuters/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa