Beijing bergelut bendung lonjakan jangkitan COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Noel CELIS / AFP)
BEIJING: Kesuraman yang membelenggu ibu negara China, Beijing, semakin mencengkam pada Ahad (11 Dis), dengan banyak kedai dan perniagaan-perniagaan lain ditutup.
Seorang pakar turut memberi amaran mengenai kemunculan beribu-ribu kes baru COVID-19.
Dasar sifar COVID-19 yang dikuatkuasakan sebelum ini membangkitkan kemarahan orang ramai. Namun, kemarahan yang memuncak itu sudah bertukar kepada kebimbangan tentang bagaimana jangkitan-jangkitan baru akan ditangani.
China menggugurkan sebahagian besar sekatan COVID-19 yang ketat pada Rabu (7 Dis) setelah tunjuk perasaan besar-besaran diadakan pada bulan lalu bagi membantah dasar yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa China.
Bandar-bandar yang bergelut dengan wabak yang paling teruk, seperti Beijing, menyaksikan kemerosotan yang ketara pada kegiatan ekonomi setelah syarat-syarat seperti ujian berkala, dimansuhkan.
Berdasarkan pemerhatian, banyak perniagaan terpaksa ditutup kerana pekerja yang terjangkit koronavirus menjalani kuarantin di rumah, manakala ramai yang lain memutuskan untuk tidak keluar rumah disebabkan oleh risiko jangkitan yang lebih tinggi.
Zhong Nanshan, ahli epidemiologi terkemuka di China, memberitahu media tempatan bahawa varian Omicron yang paling banyak dikesan di China, amat mudah berjangkit. Malah, seseorang yang dijangkiti varian itu boleh menjangkiti sehingga 18 orang lain.
"Kita dapat menyaksikan beratus-ratus ribu atau berpuluh-puluh ribu orang dijangkiti virus tersebut di beberapa bandar utama," jelas Encik Zhong.
Memandangkan ujian berkala COVID-19 bagi para penduduk Beijing sudah dimansuhkan dan hanya dilaksanakan ke atas kumpulan-kumpulan tertentu seperti pekerja kesihatan, perangkaan rasmi bagi kes-kes baru sudah merosot dengan mendadak.
Pihak berkuasa melaporkan 1,661 jangkitan baru di Beijing pada Sabtu (10 Dis), turun 42 peratus berbanding 3,974 yang dicatatkan pada 6 Disember lalu, selang sehari sebelum dasar-dasar nasional dilonggarkan dengan ketara.
Namun demikian, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa lebih banyak kes dikesan di bandar tersebut, yang menampung hampir 22 juta penduduk, di mana semua orang seolah-olah mengenali seseorang yang dijangkiti COVID.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.