Beijing bakal tindak balas atas kenaikan tarif oleh Amerika
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/STR)
BEIJING: Beijing berikrar untuk bertindak balas terhadap gelombang baharu kenaikan tarif yang dikenakan secara mendadak oleh Washington.
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, yang mengumumkan kenaikan tarif itu, bersedia untuk menghadapi langkah-langkah tindak balas terhadap kenaikan tarif, sambil berkata, ia tidak akan membawa kepada konflik global.
Kementerian Perdagangan China memberi amaran bahawa hubungan dua hala China-Amerika akan terjejas teruk, kerana ia mengancam apa yang disifatkan China sebagai langkah-langkah tegas.
Sektor kenderaan elektrik China menghadapi salah satu kenaikan paling curam, iaitu kenaikan empat kali ganda tarif Amerika.
Tindakan Presiden Joe Biden menaikkan tarif ke atas barangan-barangan China sepatutnya membantu para pembuat pelitup dan sarung tangan bagi tujuan perubatan, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Sebahagian besar sektor itu telah malap selepas melonjak semasa pandemik COVID-19.
Para eksekutif industri pada Selasa (14 Mei) berkata, tarif yang dinaikkan oleh Encik Biden itu boleh meningkatkan permintaan dengan membantu meningkatkan perbezaan harga dengan barangan import yang murah dari China.
Ia juga boleh merangsang pelaburan-pelaburan yang diperlukan untuk menjalankan beberapa projek yang tergendala, secara online.
Ini meskipun ada yang berpendapat bahawa cukai pada tahap 25 peratus itu perlu lebih tinggi.
Firma penyelidikan Mordor Intelligence yang berpangkalan di India menganggarkan, pasaran Peralatan Pelindung Diri (PPE) Amerika Syarikat ialah AS$14 bilion (S$19 bilion).
Tarif ke atas PPE itu diumumkan bersama levi-levi import yang meningkat, terhadap lebih daripada dua belas kategori barangan.
Menurut Encik Biden, barangan-barangan itu ialah anak kunci untuk mengekalkan daya saing Amerika Syarikat dalam sektor yang kritikal kepada keselamatan negara dan peralihan kepada ekonomi hijau.

Sumber : Reuters/LL/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.