Skip to main content

Dunia

Beg wanita dicuri ketika solat Subuh di masjid

Seorang warga emas kerugian RM2,000 (S$660) apabila beg tangannya dilarikan seorang lelaki ketika sedang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Setapak.

Anggaran Waktu Membaca:
Beg wanita dicuri ketika solat Subuh di masjid

Seorang lelaki curi beg wanita di masjid. (Gambar: Petikan dari video Facebook)

Diterbitkan : 08 Feb 2019 08:06AM Dikemas Kini : 08 Feb 2019 08:11AM

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas kerugian RM2,000 (S$660) apabila beg tangannya dilarikan seorang lelaki ketika sedang menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di Setapak.

Dalam kejadian pada Rabu (6 Feb) sekitar jam 6.20 pagi itu, mangsa berusia 65 tahun menyedari beg tangan yang diletakkan di hadapannya dicuri setelah mendengar jeritan rakannya sebelum bertindak mengejar lelaki tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP Muhammad Najib Hamzah berkata lelaki yang memakai jaket bertutup kepala itu kemudian melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

“Berdasarkan rakaman CCTV, suspek masuk melalui pintu tepi ruangan solat wanita,” kata DSP Muhammad Najib. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumah diminta menyampaikannya kepada pihak polis.

Rakaman CCTV 46 saat yang memaparkan suspek memasuki dari pintu ruangan solat wanita dan mengambil beg tangan wanita ketika mangsa bersama jemaah lain sedang sujud kini tersebar luas di wadah media sosial.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita