Beberapa saksi bakal dipanggil SPRM berhubung kes perjanjian RM1.1 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing, yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion (S$360 juta).
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing, yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion (S$360 juta).
Menurut sumber, tindakan itu diambil selepas SPRM membuka kertas siasatan berhubung perkara terbabit.
"Kes ini berkaitan dengan isu ketirisan dana kerajaan membabitkan peruntukan yang besar iaitu RM1.1 billion (S$360 juta).
"Berdasarkan maklumat awal, cadangan ini dikatakan tidak mendapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri namun perjanjian ini dimeterai secara tergesa-gesa," katanya.
Menurut sumber, beberapa individu turut didakwa diberikan jawatan tinggi dalam syarikat berkenaan selepas meninggalkan kementerian terbabit.
"Sehubungan itu, beberapa saksi termasuk KSU kementerian terbabit dijangka dipanggil bagi mendengar penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian ini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.
Pada 16 Februari lalu, SPRM membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit menyusuli aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang mendakwa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan kewangan kepada kerajaan.
SPRM juga bertindak mengambil beberapa dokumen berkaitan perjanjian terbabit daripada Kementerian Ekonomi pada 13 Februari lalu bagi membantu siasatan.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.