Beberapa pelantikan politik di syarikat berkaitan kerajaan akan dikaji semula: PM M'sia Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada 26 Jan 2023. (Gambar fail: Facebook/Anwar Ibrahim)
IPOH: Pelantikan bekas Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim yang diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) baru-baru ini akan diteliti semula.
Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO mengenai perkara itu, lapor agensi berita Utusan Malaysia.
“Saya akan berbincang dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid mengenai salah satu pengumuman (tetapi) belum dihantar surat (pelantikan rasmi GLC), termasuk cadangan (Abdul Azeez) Pengerusi Keda akan kita teliti semula, jadi belum ada pelantikan (Pengerusi Keda),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada para wartawan pada Program Sumbangan Rahmah di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Bandar Meru Raya pada Isnin (10 Apr).
Sebelum ini, Encik Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan Abdul Azeez sebagai Pengerusi KEDA yang baru bagi menggantikan Jamil Khir Baharom yang memegang jawatan itu sebelum ini.
Sementara itu, mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang membidas Kerajaan Perpaduan kerana melantik beberapa pemimpin politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Encik Anwar berkata, pelantikan itu bukan dibuat terhadap syarikat tersenarai di bursa saham.
Menurutnya, lagipun pelantikan tersebut berdasarkan kelayakan.
“Kalau dia ada kelayakan kita akan lantik dan telah pun dilantik berdasarkan kelayakan, seperti ada akauntan, peguam tapi syarat-syaratnya kita ketatkan.
“Jadi jangan andaikan GLC itu seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini. Kita syaratkan dia jalankan tanggungjawab, dia tak boleh belanja lebih daripada yang ditentukan dan elaun-elaun pun kita hadkan, mengikut kelayakan masing-masin,” katanya, dipetik daripada Utusan Malaysia.
Sebelum ini, Bersih membidas Kerajaan Perpaduan kerana melantik beberapa pemimpin politik dalam GLC yang bercanggah dengan pendirian kerajaan sebelum ini.
Antara yang dilantik dalam GLC ialah bekas Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA, agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.