Skip to main content

Dunia

Beberapa orang maut ekoran letupan di bandar peranginan ski di Switzerland

Anggaran Waktu Membaca:
Beberapa orang maut ekoran letupan di bandar peranginan ski di Switzerland
Lembah utama Canton Valais Switzerland dari atas pusat peranginan Crans-Montana. (Gambar: AFP/Fabrice Coffrini)
 
Diterbitkan : 01 Jan 2026 04:55PM Dikemas Kini : 01 Jan 2026 04:56PM
GENEVA: Beberapa orang terkorban sementara beberapa yang lain cedera apabila satu letupan berlaku di sebuah bar di bandar peranginan ski mewah Alpine di Crans-Montana, mednurut polis Switzerland pada awal pagi Khamis (1 Jan).

"Satu letupan yang tidak diketahui puncanya berlaku," kata Gaetan Lathion, jurucakap polis di kanton Wallis di barat daya Switzerland, kepada AFP.

"Ada beberapa orang yang cedera, dan beberapa orang mati."

Menukil kenyataan polis, Sky News melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kejadian itu, sementara beberapa media tempatan melaporkan perangkaan sebenar mungkin lebih tinggi.

Beliau berkata letupan itu berlaku pada sekitar jam 1.30 pagi di sebuah bar bernama Le Constellation, yang popular dalam kalangan pelancong, ketika orang ramai bergembira menyambut tahun baru.

Gambar yang diterbitkan oleh media Switzerland menunjukkan sebuah bangunan terbakar, dan perkhidmatan kecemasan berdekatan.

"Siasatan masih lagi dijalankan," katanya.
 
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita