Skip to main content

Dunia

Beberapa orang cedera, 1 alami serangan jantung dalam kejadian tikaman di pasar raya Korea Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
 Beberapa orang cedera, 1 alami serangan jantung dalam kejadian tikaman di pasar raya Korea Selatan

Anggota polis dan bomba tiba di lokasi kejadian tikaman di sebuah pasar raya di Incheon pada 13 Okt 2026. (Gambar: AFP/Yonhap)

Diterbitkan : 13 Oct 2026 02:44PM Dikemas Kini : 13 Oct 2026 02:45PM
Several people injured, 1 suffers cardiac arrest in stabbing incident at a South Korean supermarket
  • Authorities reported a stabbing incident at a supermarket in Incheon, South Korea, on Tuesday, Oct 13.
  • One victim suffered cardiac arrest, while about seven others were injured, according to the Central Disaster and Safety Countermeasure Headquarters.
  • Local media reported that a male suspect had been arrested, but the cause of the attack and how it happened were not stated.
  • Although South Korea is considered safe with a low murder rate in 2021, several stabbing attacks have taken place, including cases in May and September 2025.
Dijana oleh AI

SEOUL: Seorang mengalami serangan jantung manakala beberapa yang lain cedera dalam insiden tikaman di sebuah pasar raya di bandar Incheon, Korea Selatan, pada Selasa (13 Okt), menurut pihak berkuasa.

"Seorang mengalami serangan jantung dan kira-kira tujuh yang lain cedera," kata seorang pegawai dari Ibu Pejabat Pusat Tindakan Bencana dan Keselamatan.

Media tempatan melaporkan suspek lelaki sudah ditangkap.

Korea Selatan secara amnya dianggap sebagai sebuah negara yang selamat. Menurut perangkaan rasmi, kadar pembunuhan di negara itu adalah 1.3 bagi setiap 100,000 penduduk pada 2021, jauh lebih rendah berbanding purata global sekitar enam bagi setiap 100,000 penduduk.

Namun, beberapa serangan tikaman berlaku di negara tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Mei 2025, seorang lelaki menikam tiga anggota polis, manakala pada September tahun yang sama, tiga orang maut ditikam di sebuah restoran piza di Seoul.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita