Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beberapa lokasi di Ipoh dilanda angin kencang, hujan batu

Anggaran Waktu Membaca:

IPOH: Beberapa lokasi di sekitar bandar raya Ipoh dilanda hujan lebat serta angin kencang disertai kejadian hujan batu pada petang Selasa (29 Mac). 

Kejadian berkenaan dikongsikan di media sosial menerusi rakaman video oleh penduduk di sekitar Medan Gopeng dan Simpang Pulai.

Hujan lebat dan angin kencang yang berlaku kira-kira 4.00 petang tadi turut mengakibatkan pokok tumbang di sekitar Jalan Lapangan Terbang-Maju Rapat serta Gunung Rapat sehingga menghalang lalu lintas.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati, beberapa khemah di bazar Ramadan di Medan Gopeng turut mengalami kerosakan akibat dipukul ribut selain atap rumah di sekitar Sungai Rokam diterbangkan angin dan terdapat sebuah rumah di sekitar Greentown yang mengalami kerosakan setelah dihempap pokok.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata pokok tumbang berlaku di sekitar Ipoh, Gopeng, Kampar dan Bidor sehingga merintangi jalan, serta mengakibatkan beberapa buah rumah dan kereta rosak.

Beliau bagaimanapun berkata tiada mangsa terlibat dalam kesemua kejadian itu.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan