Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beberapa kawasan di Perak dilanda banjir kilat

Anggaran Waktu Membaca:

SUNGAI SIPUT: Hujan lebat beberapa jam menyebabkan beberapa kawasan di Sungai Siput dilanda banjir kilat pada Ahad malam (13 Mac). 

Antara kawasan yang terlibat ialah Taman Kledang Fasa II, Kampung Che Zainal dan Kampung Muhibbah.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira 10.00 malam. 

Menurutnya, ada di antara kawasan perumahan itu yang dinaiki air sehingga 1.5 meter.

Pihak bomba turut terlibat memindahkan mangsa ke rumah jiran, apabila rumah mereka dinaiki air.

Banjir kilat juga menyebabkan beberapa kenderaan kecil terperangkap di jalan raya sekitar kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan banjir kini surut sementara pasukan penyelamat terus melakukan pemantauan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Operasi melibatkan anggota bomba dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, dibantu anggota dari BBP Ipoh, di samping Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru serta Chemor.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan