Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beberapa jalan di Kuala Lumpur ditutup jelang sambutan Hari Kebangsaan M'sia

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di ibu negara Kuala Lumpur akan ditutup bermula pukul 6.30 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi memberi laluan kepada sesi raptai acara sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata pada Khamis (2 Ogos), Jalan Raja akan ditutup mulai pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

“Pada 26 hingga 29 Ogos pula bermula 6.30 pagi hingga 12.00 tengah hari, jalan ditutup membabitkan Jalan Raja, Jalan Raja Laut, Leboh Pasar dan Jalan Sultan Hishamuddin menuju ke Dataran Merdeka,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu (24 Ogos).

Pada 27 hingga 29 Ogos, raptai penuh akan diadakan dan semua laluan menghala ke Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Travers ke arah Dataran Merdeka, Jalan Damansara dari arah Lebuhraya Seremban, susur ke Jalan Travers dan Jalan Damansara dari arah Parlimen menghala ke Bangsar akan ditutup.

Selain itu, sebanyak 18 jalan di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada 31 Ogos bagi memberi laluan kepada sambutan tersebut.

Jalan yang terlibat adalah Jalan Travers, Jalan Damansara, Jalan Damansara (arah ke Bangsar), Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu (arah Selayang), Jalan Kinabalu (arah Cheras), Jalan Kinabalu (Bulatan Dato Onn), Jalan Kuching, Bulatan Dato Onn (dari Jalan Parlimen), Bulatan Dato Onn (dari Jalan Sultan Salahuddin), Jalan Tun H. S. Lee, Jalan Gereja, Jalan Hang Kasturi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Bunus 6.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan