Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beberapa jalan di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di ibu kota dinaiki air menyusuli hujan lebat selama kira-kira sejam sejak pukul 3.00 petang pada Rabu (30 Nov).

Menurut laman Facebook Polis Kuala Lumpur antara jalan yang dinaiki air setakat pukul 4.00 petang tadi adalah Lebuhraya Sultan Iskandar dari arah Istana Negara ke Wisma Tani, Jalan Travers berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Jalan Parlimen, Jalan Maharaja Lela berhampiran Bulatan Merdeka dan di Jalan Ampang.

"Air di beberapa jalan seperti Jalan Parlimen berhampiran Bank Rakyat, Jalan Maharaja Lela berhampiran Bulatan Merdeka, Jalan Travers mulai surut pada pukul 5.00 petang tadi dan kini boleh dilalui oleh semua kenderaan," menurut laman itu.

Sementara itu Pusat Kawalan SMART Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan terowong SMART diaktifkan kepada Mod 2B pada pukul 4.28 petang pada Rabu, dengan aliran air mula dilencongkan, namun terowong berkenaan masih dibuka untuk laluan trafik.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di lapan negeri antara Khamis (1 Dis) dan Ahad ini (4 Dis).
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan