Skip to main content

Dunia

Beberapa individu berkaitan siasatan RCI TH bakal didakwa mulai esok

Anggaran Waktu Membaca:
Beberapa individu berkaitan siasatan RCI TH bakal didakwa mulai esok

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdul Halim Aman semasa sidang media di Ibu Pejabat SPRM. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 02 Sep 2026 04:00PM
PUTRAJAYA: Beberapa individu yang pernah ditahan berhubung siasatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) sebelum ini, akan didakwa di mahkamah pada Khamis (2 Sep) dan Jumaat (3 Sep), kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abdul Halim Aman.

Difahamkan pertuduhan tersebut akan dibuat di mahkamah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Kelantan.

“Dua pertuduhan itu melibatkan penyalahgunaan kuasa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kerana menipu.

“Terdapat juga satu lagi kertas siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara yang akan didakwa minggu hadapan, selepas siasatan terbaharu SPRM dalam isu pajakan hartanah dalam pelaburan Al Rawda iaitu pajakan hotel di Makkah dan Madinah melibatkan 2.49 bilion riyal Saudi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Encik Abdul Halim tidak menolak kemungkinan kertas siasatan yang dijangka didakwa pada minggu hadapan itu, membabitkan golongan kenamaan serta pernah direman SPRM sebelum ini.

Beliau berkata secara keseluruhan, pihaknya telah membuka 14 kertas siasatan berkaitan RCI TH dengan empat daripadanya diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

“Setakat ini sebanyak 18 individu ditahan dengan 11 daripadanya ditahan reman, selain memanggil 245 saksi serta memeriksa dan menggeledah 60 premis, bagi mendapatkan dokumen berkaitan,” katanya.

Encik Abdul Halim berkata antara 11 individu yang ditahan reman itu, melibatkan mantan CEO TH Plantation, mantan CFO TH Plantation, mantan pengarah Putra Perdana Construction, mantan Pengarah Putrajaya Perdana Berhad dan mantan Pengerusi Lembaga Tabung Haji. 
Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita