Beberapa bandar di China tambah sekatan COVID-19; jutaan masih di bawah sekatan pergerakan
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Beberapa bandar China yang dilanda COVID-19 dari timur ke barat negara itu dikenakan sekatan pergerakan baru pada Khamis (11 Ogos) bagi membendung penularan yang sekali lagi mengancam untuk mengganggu ekonomi tempatan.
Sekatan tersebut mengurangkan pergerakan yang tidak mustahak untuk beberapa hari sebaik sahaja puluhan kes baru muncul. Ia adalah amalan utama "dasar sifar COVID-19" di China.
Ketidakpastian mengenai berapa lama sekatan yang lebih kecil itu mungkin berlaku - dek varian Omicron yang lebih pantas menular membuatkan ia sukar untuk menghapuskan jangkitan - ia menjejas keyakinan perniagaan dan menyebabkan orang ramai tidak ingin melakukan perjalanan.
Hab eksport dan pengilangan timur Yiwu menyatakan pada Khamis (11 Ogos) bahawa ia akan masuk hari ketiga "pengurusan secara senyap".
Kebanyakan penduduk dilarang meninggalkan kawasan yang ditetapkan dan ada segelintir yang harus kekal di rumah.
Populasi Yiwu seramai 1.9 juta orang menyertai jutaan lagi orang merentas beberapa bandar di mana pergerakkan penduduk dihadkan sebahagian besarnya di kawasan kediaman mereka.
Ini melainkan mereka perlu keluar untuk urusan seperti ujian saringan COVID-19, membeli barangan runcit atau mengadakan lawatan ke hospital.
Syarikat di mana kakitangan boleh bekerja berdekatan dengan kampus masih dibenarkan beroperasi manakala semua kawasan awam di Yiwu ditutup selama tiga hari. Ini tidak termasuk hospital dan tempat lain yang memberikan perkhidmatan penting.
Di kawasan wilayah barat China, Xinjiang, tiga bandar di kawasan Aksu mulai Khamis membenarkan kakitangan meninggalkan rumah untuk bekerja. Namun, penduduk yang lain disekat dan hanya boleh melakukan pergerakan jika ia mustahak. Bagaimanapun, tidak jelas bila sekatan itu aku dimansuhkan.
Sementara itu, daerah utama di ibu kota Xinjiang, Urumqi, dikenakan sekatan pergerakan selama lima hari bermula pada Rabu (10 Ogos).
Kelompok di kawasan tumpuan pelancongan Hainan dan Tibet terus berkembang.
Tanah Besar China melaporkan 1,993 kes baru tempatan koronavirus pada 10 Ogos, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan pada Khamis (11 Ogos).
Tidak ada kematian yang dilaporkan, bermakna jumlahnya kekal pada 5,226.
China mengesahkan 232,809 kes bergejala setakat 10 Ogos termasuk penularan tempatan dan mereka yang baru tiba di negara itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.