Beberapa bahagian di Hanoi akan terus digenangi air bah sehingga Jumaat ini
Anggaran Waktu Membaca:
HANOI: Air bah di Sungai Merah di Hanoi dijangka tidak banyak berubah sehingga sekurang-kurangnya sehingga Jumaat (13 Sep) ini.
Demikian menurut agensi cuaca pemerintah Vietnam, yang masih bergelut dengan kesan taufan Yagi.
Vietnam mengalami banjir dan kejadian tanah runtuh akibat taufan Yagi mula membadai Sabtu lalu dengan sekurang-kurangnya 181 orang dilaporkan maut manakala lagi 141 masih hilang.
"Paras air bah yang menyebabkan sungai melimpahi tebing dan menyebabkan kawasan rendah di utara Vietnam digenangi air," menurut laporan agensi bencana di Hanoi.
Sebelum ini, ribuan penduduk yang tinggal dekat dengan Sungai Merah dipindahkan selepas paras air sungai meningkat ke tahap tertinggi dalam tempoh 20 tahun.
Di utara Hanoi, kejadian tanah runtuh masih berlaku di kawasan pergunungan.

Sumber : Reuters/AA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.