Bebaskan Aung San Suu Kyi sekarang, tegas PBB
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Khamis (1 Jul) menggesa tentera Myanmar untuk membebaskan penerima Hadiah Keamanan Nobel Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint sekarang.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggesa tentera Myanmar membebaskan Cik Aung San Suu Kyi dengan segera. (Gambar fail: REUTERS)
WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Khamis (1 Jul) menggesa tentera Myanmar untuk membebaskan penerima Hadiah Keamanan Nobel Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint sekarang.
Demikian menurut seorang jurucakap PBB, sehari selepas ribuan tahanan lain dibebaskan.
Myanmar dalam keadaan huru-hara sejak tenteranya merampas kuasa pada 1 Februari dan menggulingkan pemerintah dilantik Cik Aung San Suu Kyi.
"Kami mengulangi gesaan kami untuk membebaskan dengan segera kesemua mereka yang ditahan tanpa mengikut undang-undang dan ini termasuk Presiden Win Myint serta Ahli Dewan Undangan Negeri Aung San Suu Kyi," tekan Cik Eri Kaneko jurucakap bersekutu Encik Guterres.
Pada Rabu (30 Jun), Myanmar membebaskan lebih 2,000 tahanan, antaranya para wartawan dan mereka yang menurut pihak tentera, ditahan atas tuduhan menghasut kerana menyertai tunjuk-tunjuk perasaan, lapor media tempatan.
Kebanyakan penentang tentera itu ditahan, dengan sebahagian daripada mereka disabit kesalahan di bawah undang-undang yang menyifatkan kata-kata yang boleh mencetus ketakutan atau menyebar berita palsu sebagai satu jenayah. Cik Aung San Suu Kyi dibicarakan atas kesalahan yang serupa, antara lain, manakala individu-individu lain pula terus ditahan.
"Kami kekal amat prihatin terhadap kekerasan dan ugutan yang berlarutan termasuk penahanan sewenang-wenangnya oleh pasukan keselamatan," luah Cik Kaneko.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.