BBC umum potong 130 pekerjaan unit berita dan hal ehwal semasa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Susannah Ireland)
LONDON: BBC mengumumkan pusingan terbaharu pemberhentian pekerja, melibatkan pengurangan bersih sebanyak 130 peranan merentasi jabatan berita dan hal ehwal semasa sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kos yang lebih luas.
Ketua Eksekutif BBC News, Deborah Turness, mengumumkan demikian dalam emelnya pada Selasa (15 Okt), yang menyatakan bahawa syarikat itu berusaha memotong 185 peranan dan membuka 55 peranan baharu dengan tujuan untuk menjimatkan £24 juta, sekitar 4% daripada belanjawan berita buat masa ini.
Rancangan hal ehwal dunia BBC yang sudah lama disiarkan HARDtalk dan khidmat berita khas BBC, Asian Network akan dimansuhkan, menurut The Guardian.
Penyiar itu juga menyatakan bahawa ia akan menyelaraskan penerbitan buletin berita yang digunakan Radio 5 Live dan Radio 2 dan radio domestik pula akan mengambil ringkasan daripada BBC World Service.
Pemotongan itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas oleh BBC untuk mengurangkan 500 pekerjaan di seluruh syarikat itu menjelang Mac 2026.
Tiga bekas pekerja dan kakitangan semasa di BBC Asian Network mengkritik keputusan untuk menggugurkan khidmat berita itu, dengan memberitahu Guardian bahawa keputusan tersebut akan merugikan penonton BBC.
Sebagai sebahagian daripada perubahan itu, ia sebaliknya akan mula menyiarkan buletin Newsbeat yang digunakan Radio 1 dan 1Xtra, lapor The Guardian.
“BBC menyentuh tentang kepelbagaian, perwakilan dan sesetengah orang awam yang kurang mendapat perhatian. Kami memenuhi semua kriteria itu,” kata Raj Kaur Bilkhu, mantan wartawan kanan BBC Asian Network News.
“Saya marah dan kecewa bagi pihak penonton. Di manakah golongan muda British dari keturunan Asia ini, terutamanya dari latar belakang kelas pekerja, akan mendapat berita yang relevan bagi mereka? Saya juga sangat kecewa bagi pihak bekas rakan sekerja saya, ramai daripada mereka yang baharu menyertai syarikat ini.”
Seorang pekerja dari BBC Asian Network, yang tidak mahu namanya didedahkan, berkata khidmat berita itu amat penting kepada penonton apabila rusuhan berhaluan kanan berlaku pada awal tahun ini.
“Selepas rusuhan, Asian Network diingatkan tentang peranan pentingnya di BBC sebagai satu-satunya ruang di seluruh syarikat di mana mereka berasa selamat untuk menceritakan kisah mereka. Ia membolehkan orang Asia berasa didengari apabila mereka berasa takut dan diserang,” kata mereka, sepert dinukil The Guardian.
Seorang lagi pekerja dari rangkaian itu, yang tidak mahu namanya didedahkan, menambah: “Masyarakat Asia British sering dilihat tidak dapat ditembusi oleh wartawan biasa dan rancangan berita biasa dan pasukan berita rangkaian Asia memainkan peranan yang menakjubkan selama beberapa dekad untuk mendampingi masyarakat tersebut. …
"[Ia] satu-satunya khidmat berita yang boleh menyentuh masyarakat Islam, masyarakatHindu, masyarakat Sikh dan mendapatkan bahan berita yang penting."
Rancangan yang diumumkan hari ini juga akan menyaksikan HARDtalk digugurkan menjelang Mac 2025, walaupun sudah disiarkan sejak 1997. Ini mendorong kritikan daripada penyampai Stephen Sackur yang berkata langkah itu "menyedihkan" untuk masa depan wawancara yang lebih mendalam.
Cik Turnness berkata dalam emelnya bahawa BBC telah "bekerja keras untuk menjimatkan kos yang tidak memerlukan kami untuk memberhentikan sesetengah peranan. Malah, lebih 40% daripada penjimatan ini akan datang daripada langkah-langkah yang tiada kaitan dengan kakitangan termasuk pengurangan perbelanjaan untuk kontrak, pembekal, pengedaran dan bangunan fizikal.
"Malangnya kos kakitangan menyumbang 75% daripada keseluruhan belanjawan kami, saya mohon maaf kerana keputusan ini tidak dapat dielakkan."
Jurucakap BBC berkata: “Rangkaian Asia akan terus memberikan khidmat unik kepada para pendengar Asia di Britain. Pengumuman hari ini adalah sebahagian daripada perubahan lebih luas pada stesen sedang kita cuba mendampingi dan menarik penonton dengan lebih baik.
“Tabiat mendengar pendengar Asia British yang lebih muda sudah berubah, dengan peralihan ke arah media digital dan sosial, jadi selaras dengan BBC yang lain, kita mesti memindahkan sumber untuk memenuhi cita rasa penonton di mana mereka berada.
“Kami komited untuk menyokong semua pasukan yang terjejas oleh saranan-saranan itu.
"Kami mempunyai rekod prestasi yang baik untuk menempatkan semula pekerja yang ingin kekal dalam BBC dan kami akan meneliti peluang untuk menempatkan semula pekerja dalam syarikat ini."

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.