Skip to main content

Dunia

BBC minta Twitter segera padam label 'media dibiayai kerajaan'

Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Perbadanan Penyiaran British (BBC) kini sedang berunding dengan Twitter untuk memadam labelnya sebagai "media yang dibiayai kerajaan" daripada rangkaian sosial itu, lapor Sputnik memetik laporan CNN.

Akaun Twitter BBC yang mempunyai 2.2 juta pengikut kini dilabel sebagai "media yang dibiayai kerajaan," tidak seperti akaun Twitter BBC lain, termasuk BBC News (World) yang mempunyai hampir 40 juta pengikut dan BBC Breaking News (lebih 51 juta pengikut), tidak memiliki label sedemikian.

Menurut CNN, Twitter mentakrifkan media kerajaan sebagai kerajaan mempunyai kawalan terhadap kandungan editorial melalui sumber kewangan, tekanan politik langsung atau tidak langsung, serta kawalan ke atas pengeluaran dan pengedaran.

“Kami sedang berbincang dengan Twitter untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin. BBC adalah, dan sentiasa bebas. Kami dibiayai oleh rakyat Britain melalui yuran pelesenan,” menurut BBC kepada CNN pada Ahad (9 Apr)

Sementara itu, kerajaan UK pada Mac memperuntukkan AS$25 juta (S$33 juta) kepada BBC sebagai sebahagian daripada Penyegaran Kajian Bersepadu untuk menyokong penyiaran berbahasa Inggeris dan membanteras maklumat salah berlatarbelakangkan peristiwa 2022, khususnya krisis Ukraine.

Pada 2020, Twitter telah mula menanda halaman media yang dipercayai di bawah kawalan pihak berkuasa, serta akaun pihak berkuasa anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pegawai utama kerajaan, termasuk menteri luar negeri, duta, wakil rasmi dan pemimpin diplomatik utama.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita