Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bazar Ramadan di wilayah persekutuan ditutup jika berlaku jangkitan COVID-19, kata menteri

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menutup operasi mana-mana Bazar Ramadan di bawah seliaannya sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 di tapak bazar berkenaan, kata Menterinya Encik Annuar Musa.

Anggaran Waktu Membaca:
Bazar Ramadan di wilayah persekutuan ditutup jika berlaku jangkitan COVID-19, kata menteri

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Apr 2021 09:19AM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 09:22AM

KETEREH: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menutup operasi mana-mana Bazar Ramadan di bawah seliaannya sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 di tapak bazar berkenaan, kata Menterinya Encik Annuar Musa.

Justeru beliau mengingatkan semua pihak terutamanya penganjur Bazar Ramadan di seluruh Wilayah Persekutuan untuk memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.

"SOP yang dikenakan itu wajiblah dipatuhi terutamanya dari segi bilangan pengunjung...tetapi nampaknya itu tidak dikawal sehingga menyebabkan penjarakan fizikal tidak menepati, mengikut apa yang kita mahukan.

"Saya ingin ingatkan semua penganjur di 66 tempat di seluruh wilayah, bertanggungjawab supaya penganjuran bazar di tempat mereka dipatuhi 100 peratus kepada SOP yang kita tetapkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan sempena Ramadan bagi Parlimen Ketereh, pada Khamis (15 Apr).

Mengulas lanjut, Encik Annuar berkata antara SOP yang perlu diperbaiki dan dipatuhi adalah penganjur perlu memastikan pengunjung hanya boleh melalui satu laluan masuk dan keluar.

"Kita nak benarkan penganjuran bazar berterusan sehingga akhir Ramadan tetapi sekiranya pematuhan SOP masih diingkari dan dapati berlaku peletusan wabak atau jangkitan (COVID-19) di bazar berkenaan maka tempat itu akan ditutup," katanya sambil mengingatkan perkara sama kepada penganjur Bazar Aidilfitri di sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang akan dibuka semula pada 17 April ini.

Mengenai peningkatan kes COVID-19, Encik Annuar berkata memandangkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat aktiviti ekonomi beliau menggesa semua ketua komuniti di setiap perumahan serta kediaman untuk mengingatkan penduduk setempat supaya patuh kepada SOP antaranya mengurangkan pergerakan atau urusan di luar rumah sekiranya tiada kepentingan.

"Di samping itu, semua pihak juga perlu memainkan peranan untuk membendung penularan wabak ini," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan