Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bazar Aidilfitri Lorong TAR, KL beroperasi seperti biasa ikut SOP

Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur, akan beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Anggaran Waktu Membaca:
Bazar Aidilfitri Lorong TAR, KL beroperasi seperti biasa ikut SOP

Penduduk M'sia kelihatan memakai pelitup di bazar di Kuala Lumpur pada 19 Apr 2021 di tengah COVID-19 (Photo: AP Photo/Vincent Thian)

KUALA LUMPUR: Bazar Aidilfitri di Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur, akan beroperasi seperti biasa mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah berkata, bagaimanapun, pihaknya akan melonggarkan sedikit kawalan SOP di tapak bazar berkenaan berbanding tahun lalu termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.

"Namun, pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan menetapkan penjarakan fizikal antara gerai penjaja tetap dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 di Panggung Anniversari di Kuala Lumpur hari ini (19 Feb).

Tahun ini, Bazar Aidilfitri di Lorong TAR mempunyai 216 petak niaga dan bakal beroperasi selama sebulan bermula 1 Ramadan.

Encik Mahadi berkata walaupun terdapat pelonggaran SOP, pihaknya tidak akan bertolak ansur sekiranya berlaku ketidakpatuhan sehingga berlaku penularan COVID-19 di kawasan tersebut.

"Kalau berlaku pada tahap perlu ditutup, maka kita terpaksa menutupnya. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam mematuhi SOP dan tidak menjadi kepada penyebaran kluster baru," katanya.

Beliau berkata DBKL juga sedang menguruskan permohonan daripada persatuan penjaja yang berhasrat mengadakan Bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, Encik Mahadi berkata penganjuran Karnival Ohh Kuala Lumpur 2022 bertujuan menerapkan konsep perpaduan dan persefahaman antara warga kota yang berbilang kaum selain menyahut seruan kerajaan bagi menyediakan aktiviti dan program bersesuaian dengan norma baru.

"Ia juga dapat mengaktifkan aktiviti pelancongan domestik sekali gus menarik minat penyertaan dalam kalangan warga ibu kota," katanya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan