Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi perempuan selamat dilahirkan 117 hari setelah ibunya jatuh koma

Apabila sebuah helikopter menggegaskan seorang wanita Republik Czech - yang tidak sedarkan diri dan sedang mengalami strok parah - ke hospital pada bulan April lalu, peluangnya untuk terus hidup adalah tipis.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi perempuan selamat dilahirkan 117 hari setelah ibunya jatuh koma

Gambar fail seorang bayi. (Gambar: Loic Venance/AFP)

Diterbitkan : 02 Sep 2019 11:36PM Dikemas Kini : 02 Sep 2019 11:38PM

BRNO: Apabila sebuah helikopter menggegaskan seorang wanita Republik Czech - yang tidak sedarkan diri dan sedang mengalami strok parah - ke hospital pada bulan April lalu, peluangnya untuk terus hidup adalah tipis.

Namun, peluang itu sedikit cerah bagi bayi yang dikandung wanita berkenaan dalam rahimnya buat 15 minggu ketika itu.

Pada 15 Ogos lalu, seorang bayi perempuan sihat dengan berat 2.13 kilogram dan berukuran 42 sentimeter dilahirkan menerusi pembedahan caesarean daripada ibunya yang masih berada dalam keadaan koma. Kelahiran itu mencatatkan rekod baru bagi Hospital Universiti Brno, menurut hospital itu pada Isnin (2 Sep).

Ia menyatakan selama 117 hari bayi itu terus hidup di dalam rahim - satu proses yang berpotensi mempunyai banyak komplikasi - dipercayai adalah rekod bagi kehamilan paling lama bertahan dalam ibu yang sedang koma.

Si ibu, yang identitinya tidak dapat didedahkan diisytiharkan berada dalam keadaan koma sejurus selepas tiba di hospital, di mana para doktor dengan segera memulakan perjuangan untuk menyelamatkan anaknya.

Mereka meletakkan wanita berusia 27 tahun itu di bawah sokongan hidup secara tiruan untuk membolehkan kandungan terus bertahan. Mereka malah juga kerap menggerakkan kaki pesakit itu untuk mensimulasikan pergerakan seolah-olah sedang berjalan bagi membantu pertumbuhan anaknya.

Selepas kelahiran dalam minggu kehamilan ke-34, dengan kehadiran suami serta ahli keluarga yang lain, kakitangan perubatan memutuskan sambungan sistem sokongan hidup ibu dan membenarkannya mati. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan