Bayi perempuan ditemui ditinggalkan dekat pokok pisang
Seorang petani yang hendak membuang sampah terperanjat besar apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat, ditinggalkan berhampiran sebatang pokok pisang, di Sibu Jaya di sini pagi ini (17 Jan).
(Gambar hiasan: Aditya Romansa/Unsplash)
SIBU: Seorang petani yang hendak membuang sampah terperanjat besar apabila menemui seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat, ditinggalkan berhampiran sebatang pokok pisang, di Sibu Jaya di sini pagi ini (17 Jan).
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata bayi yang ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ditinggalkan tanpa pakaian itu masih belum dapat dipastikan bangsanya.
Beliau berkata semasa hendak membuang sampah, tiba-tiba petani itu terdengar suara tangisan bayi, dan selepas memeriksa sekeliling, dia kemudiannya menemui bayi berkenaan.
"Pengadu kemudiannya membawa bayi itu ke rumahnya untuk dimandikan terlebih dahulu, sebelum membawanya ke Balai Polis Sibu Jaya untuk membuat laporan,” katanya ketika dihubungi di sini.
ACP Stanley berkata bayi itu dibawa ke Hospital Sibu dengan ambulans untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.