Skip to main content

Dunia

Bayi perempuan ditemui dalam beg pakaian

Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam beg pakaian di hadapan sebuah rumah, yang terletak di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, Selangor pada petang semalam (8 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi perempuan ditemui dalam beg pakaian

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Jan 2019 09:31AM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 09:33AM

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam beg pakaian di hadapan sebuah rumah, yang terletak di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, Selangor pada petang semalam (8 Jan).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai bayi itu daripada seorang lelaki pada pukul 1.34 petang.

"Anggota kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan, dan pemeriksaan ke atas bayi yang dilakukan pasukan perubatan mendapati bayi itu masih hidup,” katanya semalam (8 Jan).

Encik Hamzah berkata bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita