Bayi perempuan dipercayai didera mati
Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dirawat lebih empat jam di Hospital Seri Manjung awal pagi tadi (24 Mac). Bayi berkenaan disyaki didera
Gambar hiasan.
LUMUT: Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dirawat lebih empat jam di Hospital Seri Manjung awal pagi tadi (24 Mac). Bayi berkenaan disyaki didera.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata pihaknya menerima aduan daripada pihak hospital tersebut berkaitan kematian bayi terbabit selepas bayi itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira 6.45 pagi.
"Maklumat diperoleh semasa bayi tersebut dirujuk ke hospital pada sekitar jam 2.00 pagi oleh pihak penjaga dan bayi itu dalam keadaan lemah semasa sampai di hospital, selepas disyaki berlakunya kes penderaan.
"Rawatan awal diberikan kepada bayi tersebut sebelum disahkan meninggal dunia," kata ACP Hanif.
Menurut ACP Hanif lagi, siasatan lanjut diteruskan. Bayi tersebut akan dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.