Skip to main content

Dunia

Bayi perempuan baru lahir dijumpa di ladang kelapa sawit

Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan dan menghidap sindrom down, ditemukan dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kemayan, Bera, kira-kira 175 kilometer dari sini, hari ini (6 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi perempuan baru lahir dijumpa di ladang kelapa sawit

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 06 Jan 2021 10:46PM Dikemas Kini : 06 Jan 2021 10:53PM

KUANTAN: Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan dan menghidap sindrom down, ditemukan dalam sebuah ladang kelapa sawit di Kemayan, Bera, kira-kira 175 kilometer dari sini, hari ini (6 Jan).

Ketua Polis Daerah Bera DSP Mansor Samsudin berkata bayi itu ditemukan kira-kira pukul 1.45 tengah hari oleh dua pemancing, yang masuk ke ladang tersebut untuk menahan jaring menangkap ikan di kawasan yang dilanda banjir.

“Pemancing berkenaan mendakwa mereka menjumpai sebuah kotak dan apabila diperiksa, terdapat bayi perempuan yang cukup sifat dibalut menggunakan kain batik berwarna hitam, dengan kesan gigitan semut di badannya.

“Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati bayi seberat 2.12 kilogram itu dipercayai dilahirkan antara pukul 5.00 hingga 7.00 pagi tadi, dan dicuci dengan air kotor sebelum ditinggalkan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

DSP Mansor berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan penemuan tersebut dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita